Thursday, December 23, 2010

Cara Nak Bawa Kucing Travel

Posted by NoOr at 11:15 PM 0 comments

1. Try to travel early in the morning or night (kucing akan nervous apabila hari cerah)

2. Selubungkan carrier itu dengan kain gelap supaya dia tak rasa terancam dengan keadaan sekeliling.

3. Letak di bahagian bawah, kalau letak bahagian atas seat, carrier akan bergoyang dan membuatkan dia lebih nervous.

4. Guna Feliway (mengurangkan nervous dia)

5. Cari pet bag carrier (berbanding carrier biasa, beg carrier lebih lembut dan lebih gelap...selesa untuk kucing)

6. Puasakan kucing at least 4 hours before travelling (supaya dia tak terkencing or poo poo)

7. Untuk kucing yang cepat nervous, jangan biarkan dia lepas di dalam kereta,

8. Letak kucing itu secara bercouple (nervous+kurang nervous) seekor lagi akan tolong tenang kan yang nervous tu

9. Bg constant vitamin kitzyme (salah satu fungsi vitamin tu , control the nervousness)

Masa balik kampung baru-baru ini, Baby buat perangai mengiau sepanjang perjalanan... Rupanya dia tak selesa.. Mummy dan Mama ingat kenapala si Baby ni.. Si Geppy pulak duduk dan tidur seperti Princess... hikhikhik...Rilek jer... Nanti Mummy nak beli Pet Carrier la senang nak letak diorang dalam kereta..





Add caption


Nanti Mummy akan belikan untuk anak-anak




Sunday, December 19, 2010

Selamat pagi semua!!

Posted by NoOr at 5:01 PM 0 comments
Salam 1 Malaysia..hehe..sekejap lagi Mama dan Mummy dah nak gerak menuju destinasi percutian..Anak anak??? Ni yang masih dalam dilema..jap nak tinggal rumah, jap nak hantar kat doktor…Pening pening..Geppy dah bertambah sihat..Dah berlari sakan pagi ni..Alas kaki semua bersepah sepah.Hidung pun dah merah semula..Sebelum tidur semalam Mama bagi Geppy makan cortal. Semalam Geppy manja terlebih nak tidur dengan Mama. Dekat pukul empat pagi baru Geppy keluar..Nak berak kot..

Dalam pukul satu pagi, Baby dah datang kejutkan Mama dan Mummy.. Silap waktu ke Baby ni..Biasa kejut pukul lima pagi..Rupa rupanya bekas pasir dia dah penuh dengan ketulan ketulan **** diorang..Sabar je la..Tugasan ni diserahkan kat Mummy..Anak anak mama kalau bekas diorang dah penuh dengan ****, confirm tak aman nak tidur. Sedaya upaya mereka kejutkan supaya bersihkan bekas tu..Kalau tak, bangun pagi esok, tengok la **** diorang atas alas kaki. Pembersih jugak la anak anak mama ni..hehe..

Saturday, December 18, 2010

Kucing yang memberi inspirasi bagi para sufi.

Posted by NoOr at 10:50 PM 1 comments

Seorang Sufi ternama bernama ibnu Bashad yang hidup pada abad ke sepuluh bercerita, suatu saat ia dan sahabat-sahabatnya sedang duduk santai melepas lelah di atas atap masjid kota Cairo sambil menikmati makan malam. Ketika seekor kucing melewatinya, Ibnu Bashad memberi sepotong daging kepada kucing itu, namun tak lama kemudian kucing itu balik lagi, setelah memberinya potongan yang ke dua, diam-diam Ibnu Bashad mengikuti kearah kucing itu pergi, hingga akhirnya ia sampai disebuah atap rumah kumuh, dan didapatinya si kucing tadi sedang menyodorkan sepotong daging yang diberikan Ibnu Bashad kepada kucing lain yang buta kedua matanya. Peristiwa ini sangat menyentuh hatinya hingga ia menjadi seorang sufi sampai ajal menjemputnya pada tahun 1067.

Cerita Nabi Muhammad SAW dan Kucingnya.

Posted by NoOr at 10:49 PM 0 comments
Diceritakan dalam suatu kisah, Nabi Muhammad SAW memiliki seekor kucing yang diberi nama Mueeza. Suatu saat, dikala nabi hendak mengambil jubahnya, di temuinya Mueeza sedang terlelap tidur dengan santai di atas jubahnya. Tak ingin mengganggu haiwan kesayangannya itu, nabi pun memotong belahan lengan yang ditiduri Mueeza dari jubahnya. Ketika Nabi kembali ke rumah, Muezza terbangun dan merunduk sujud kepada majikannya. Sebagai balasan, nabi menyatakan kasih sayangnya dengan mengelus lembut ke badan mungil kucing itu sebanyak 3 kali.
 
Setiap kali Nabi menerima tamu di rumahnya, nabi selalu menggendong Mueeza dan di taruh di pahanya. Salah satu sifat Mueeza yang nabi sukai ialah ia selalu mengeong ketika mendengar azan, dan seolah-olah suaranya terdengar seperti mengikuti lantunan suara adzan.

Tak hanya nabi, isteri nabi sendiri, Aisyah binti Abu Bakar Ash Shiddiq pun amat menyukai kucing, dan merasa amat kehilangan dikala ditinggal pergi oleh si kucing. Seorang sahabat yang juga ahli hadist, Abdurrahman bin Sakhr Al Azdi diberi julukan Abu Hurairah (bapak para kucing jantan), kerana kegemarannya dalam merawat dan memelihara berbagai kucing jantan di rumahnya.

Mama dan Mummy nak pergi bercuti

Posted by NoOr at 7:58 PM 0 comments
Hehe..dah lama tak bercuti..mummy busy memanjang. Tapi esok InsyaAllah kalau tak ada apa aral kami akan bercuti sekadar untuk rehatkan badan dan minda. Yang menjadi masalah ialah anak anak ni..Macam mana ni?? Tak sampai hati nak hantar hotel kucing sebab kesian kat diorang kena kurung.. Sebab mereka dah biasa bebas. Berlari sana, berlari sini..Mama dah beli bekas makanan yang boleh letak 1kg makanan terus tanpa masuk angin makanan tu..Tengah ajar anak anak guna bekas tu..Tak pandai guna, nanti lapar pulak..Mama dan mummy dah ambil keputusan nak tinggal anak dalam rumah je. Supaya mereka lebih selesa di rumah sendiri. Sekarang pulak ada penyakit kucing, mama bimbang mereka terkena jangkitan sekiranya diletakkan di hotel kucing tersebut..

Gambar anak anak

Posted by NoOr at 7:53 PM 0 comments



Baby landing atas laptop


 
Geppy main dalam dustbin

Cak !!!

 
Alololo...

Tidur atas tapak tangan Mama

Dapat mainan baru


Geppy suka tengok tv, sebab gambar bergerak gerak

 
Cubaan melepaskan diri

Anak-anak mama terputus Royal Canin

Posted by NoOr at 7:28 PM 1 comments
Hari Selasa lepas, mama balik kampung. Ada hal. Dah sampai kampung mummy bagitau makanan anak-anak dah tinggal sikit, cukup untuk sekali makan je..Alahai..Bukan mummy tak boleh beli, tapi mama guna kereta.

Sebagai alternatif lain, mummy bagi la anak anak makan IAMS yang masih banyak. Memang tak makan la. Terutama Geppy, kalau bab makan memang cerewet. Baby ok sikit.
Hari Khamis mama balik Melaka. Tapi sampai lewat malam, tak sempat jugak nak beli makanan anak-anak. Balik tengok Geppy dah lesu tak bermaya..Kesiannya…Mummy cakap, makanan yang mummy isi pagi tadi tak berusik langsung. Bekas pasir pun bersih. Tak ada najis. Tak makan maka tak berak..ye ke?Tak apa sayang..esok mama akan beli makanan dia yer..

Awal awal lagi mama dah keluar rumah nak pergi beli makanan anak anak. Masa mama sampai, kedai tu pun belum buka lagi..hehe..Kena la tunggu..Demi anak anak..hehe..Mama beli Royal Canin jugak tapi mama tukar ambil yang untuk kucing dah sihat. Sebelum ni anak anak makan Royal Canin untuk kucing berak cair. Mummy cakap diaorang dah berak ok. Dah ketul..Sebab tu mama tukar yang lain. Yang normal la. Mama beli yang loose pack dulu..Kena cuba dulu sebab anak anak mama ni cerewet. Bukan boleh silap sikit. Meragam la nanti.

Sampai rumah, dengan semangat dan gembiranya mama isi makanan dalam bekas diorang..Mula mula semua berlari datang dekat bekas makanan..hidu hidu..Harap harap diaorang makan la. Mama biarkan mereka. Mama nak rehat. Letih..

Pagi esok, dengar mummy bising bising..Mama keluar la tengok..Looorrrr…anak berak merata-rata..Sabar je la..Mummy biasa la..pot pet pot pet..Tak sesuai kot makanan yang baru tukar semalam agaknya..Adui la..Letik cam ni…Hari ni kena pergi kedai tu lagi nak kena tukar makanan. Pergi kedai tu tukar, ambil yang macam sebelum ni..
Tapi anak anak masih tak berselera makan. Tak macam biasa. Cuma tak ada la berak merata-rata. Nak kena tunggu dua tiga hari ni nak tengok perkembangan anak anak ni terutama si Geppy ni la..Muka dah pucat putih ni..

Hama Kucing

Posted by NoOr at 4:26 PM 0 comments

Hama ialah sejenis jangkitan yang kerap kali menyerang bahagian dalam telinga kucing anda.Jika anda dapati telinga kucing kesayangan dipenuhi tahi telinga (wax) seperti gambar di bawah, maka anda perlu berwaspada kerana ia merupakan salah satu tanda jangkitan hama.



Apa itu Hama Kucing?

Hama kucing merupakan haiwan parasit yang hidup menumpang untuk mendapatkan keperluan hidup (makanan dan lain-lain) tetapi dalam masa yang sama boleh memudaratkan kesihatan kucing tersebut.Hasil pemerhatian di bawah mikroskop, hama kucing kelihatan seperti labah-labah kecil.


Ia biasanya 'bermastautin' di saluran telinga kucing lalu menyebabkan aliran udara di bahagian itu tersekat. Sumber makanan mereka ialah sel-sel kulit mati beserta 'wax' telinga dan pada kebiasaannya haiwan parasit ini akan menggali jauh ke dalam saluran telinga lalu menyebabkan keradangan yang membawa kepada penghasilan 'wax' secara berlebihan. 

Tanda-tanda Jangkitan
  1. Penghasilan tahi telinga (wax) secara berlebihan.
  2. Kucing kerapkali menggaru bahagian telinga.
  3. Telinga kucing kelihatan terpenyek (flattened' or 'laid back') ketika menggaru.
  4. Luka di dalam telinga akibat aktif menggaru.
  5. Bau busuk keluar dari telinga kucing.
  6. Telinga kelihatan kemerah-merahan.
Adakah Hama Kucing Boleh Berjangkit?
Hama kucing boleh berjangkit dari seekeor kucing kepada kucing yang lain tetapi ia tidak boleh berjangkit kepada manusia. Dinasihatkan agar anda membawa kesemua kucing anda serentak ketika mendapatkan rawatan hama dari doktor haiwan.

Suntikan Hama
Berdasarkan pengalaman diri sendiri, setiap kali kucing peliharaan dijangkiti hama, doktor haiwan akan memberi suntikan hama mengikut jadual berikut:
Suntikan 1   = Hari ke 1
Suntikan 2   = Hari ke 11
Suntikan 3   = Hari ke 21

Setiap suntikan memerlukan kos sebanyak RM25.Maka keseluruhan kos RM25 x 3 = RM75 (untuk seekor kucing).Walaubagaimanapun, kos suntikan bergantung kepada gred klinik tersebut.

Dinasihatkan agar anda membuat pemeriksaan hama setiap tiga bulan sekali.Jika kucing anda lambat mendapatkan rawatan, jangkitan lain seperti kurap akan berlaku.


Kenapa kucing suka bekas makanan yang tinggi???

Posted by NoOr at 4:11 PM 0 comments


Antara sebab kenapa kucing suka makan dari tempat tinggi:
  1. Dapat mencernakan makanan dengan lebih baik (bagus untuk sistem penghadaman).
  2. Postur badan yang lebih tepat.
  3. Mengurangkan tekanan tulang badan.

Tuesday, December 14, 2010

Berpisah Dengan Mama

Posted by NoOr at 8:43 PM 0 comments
Salam semua… mummy lagi yang menulis kerana mama terpaksa balik kampung menguruskan sesuatu yang hal yang tidak dapat dielakkan… tinggallah mummy, Baby dan Geppy je di rumah.. Geppy sejak malam tadi asyik monyok jer… Dia mana boleh berjauhan dengan mama dia.. termenung jer dan tidak galak seperti biasa.. sabarlah sayang yer..esok mama akan balik semula… Geppy boleh main dengan mama lagi…Baby lincah seperti biasa.. pagi-pagi lagi dah kejutkan mummy supaya bangun pergi kerja…



Geppy bersama dengan mummy

Baby bersama dengan mummy

Baby bersama dengan mama

Geppy bersama dengan mama
Sebelum pergi kerja tadi, mummy dah peluk cium kedua-dua anak mummy tu.. maklumla, nak tinggalkan diorang berseorangan… Yang paling terharu, bila mummy tutup jer pagar rumah, mummy tengok tingkap, nampak je bayang kedua-dua ekor tu mengintai ikut tingkap… macam sedih pulak… mesti diorang tengok pemergian mummy untuk pergi kerja… tak apa lah, kalau dah habis kerja mummy di sini, mummy akan pulang ye sayang…

Sunday, December 12, 2010

Baby & Geppy Kena Marah... :((

Posted by NoOr at 5:41 PM 2 comments
Salam… mummy di tempat kerja sekarang.. Hati tidak tenang bila mengingatkan perkara yang terjadi pagi tadi… Rasa sedih sebab mummy tak pernah buat macam tu pada anak-anak… sebelum pergi kerja pagi tadi, mummy ke kedai membeli sarapan pagi untuk makan bersama dengan mama… apabila sampai rumah, mama cakap jangan makan di dapur sebab Geppy berak bawah kerusi di dapur.. baunya memang kuat… Geppy pulak asyik mengiau jer… konon rasa bersalah la tu… dia berak merata apabila dia tidak sihat… najisnya pun cair dan tidak berketul seperti biasa.. tu pun dah buat mummy angin satu badan…nanti mama juga yang kena bersihkan.. mama dah la tak sihat juga…tapi tak per la, mungkin dia tak sihat… Geppy selalu ikut mama..mama tak sihat, dia pun mesti tak sihat…

Jadi, mummy pun hidangkan makanan yang dibeli tadi di ruang tamu… Bila mama dan mummy buka je makanan tu, Baby dan Geppy dengan lasaknya menyerbu sekali.. sibuk dan mencium-cium makanan tu… mummy tengok keadaan tu memang jadi marah sebab diorang tak pernah cara bila mama dan mummy makan… tu memang diorang nak tunjuk perangai ke apa tu… tu yang mummy geram.. mama tolak-tolak diorang suruh ke tepi… tapi si Geppy dan Baby tetap datang semula.. mummy jadi angin lalu pukul kepala Baby dengan tangan mama… Terus Baby termenung pandang mummy… mummy mana pernah pukul diorang… tu yang mummy sedih…lepas tu mummy pukul juga kepala Geppy… Geppy tak lari lagi..Mummy pukul lagi kepala dia…Baru lari.. Akhirnya, 2 ekor tu merajuk ngan mummy… Mummy sedih tapi mummy tak boleh biarkan anak-anak mummy nakal sampai macam tu…

Sebelum pergi kerja tadi, mummy hanya sempat peluk Baby je tanda minta maaf… Baby tu merajuk lagi walaupun mummy dah dukung dia.. Dia berbunyi tanda marah…Geppy pulak mummy tak nampak ada kat mana.. Mummy pun pergi kerja… Hati ni sedih sangat.. Masa mummy bawa kereta, mummy menangis mengenangkan diorang… Maafkan mummy Baby & Geppy… 

Jangka Hayat Seekor Kucing

Posted by NoOr at 7:09 AM 0 comments
Salam semua.. mummy menulis lagi di blog ini sebab mama masih tidak berdaya untuk menulis… mummy baru sahaja lepas urut mama.. lenguh-lenguh badan katanya…. Kesan ubat kemoterapi tu memang kuat… kesian mummy tengok keadaan mama tu.. tolong doakan mama cepat sembuh yer… mummy sebenarnya terharu sebab blog ni dah ada pelawat setia… itu yang menjadikan mama dan mummy sangat bersemangat untuk bercerita tentang si manja kami… terima kasih kepada yang memberi sokongan selama ini…

Sebenarnya, mummy rasa gembira sangat bila balik ke rumah selepas kerja pada setiap hari. Ini kerana, apabila buka saja pintu, pasti Baby dan Geppy sudah menunggu di tepi pintu.. Jika mama buka tingkap, pasti terjengul kepala kedua-duanya ikut tingkap menyambut kepulangan mummy… itu lah saat yang paling menggembirakan…hilang strees mummy di tempat kerja melihat gelagat diorang tu…

Mummy dan mama tak dapat bayangkan jika diorang tidak ada lagi nanti.. mesti mama dan mummy akan berasa sedih kerana terlalu sayangkan diorang.. diorang tu penghibur mama dan mummy pada setiap hari…tapi mummy pernah terbaca satu artikel di internet mengenai jangka hayat seekor kucing tu… Kebanyakkan kucing hidup selama 11 hingga 12 tahun. Tetapi kucing yang hidup dan di pelihara dalam rumah, biasanya boleh menjangkau sehingga 16 tahun dan 20 tahun.

 

Kalau bab aksi tidur, mummy rasa Geppy memang paling pandai… hihihihi..nanti mummy update gambar Baby pulak sebab dalam laptop mummy kekurangan gambar terkini anak-anak.. semuanya pada mama…

Tidur di kaki mummy masa dalam perjalanan balik kampung

Geppy tidur dengan penuh aksi

Lenanya anak mama ni tidur..

Bila mama & mummy tengok Geppy tidur, bahagia sangat rasa..

Tidur lagi…

Baby masa berumur 3 bulan++.. masa ni bulu tak cantik lagi..

Kucing yang bahagia…

Atas laptop mummy pun boleh tidur si Geppy ni

Masa ni tengah merajuk kalau tak silap..

Geppy Kacau Mummy Jawab Exam

Posted by NoOr at 7:25 AM 0 comments
Salam semua… mummy terlupa nak kongsi sesuatu… pada 6 Disember lalu, mummy menduduki peperiksaan untuk semester 4.. tapi peperiksaan tu Take Home Test.. bermakna mummy diberikan masa selama 72 jam untuk menghantar kertas jawapan untuk peperiksaan itu dan matapelajarannya adalah Ilmu Pendidikan.. untuk semester 4 ini, ada ujian statistik…  pada malamnya, mummy dudukla di meja untuk mengira statistik tu.. tiba-tiba, si Geppy dengan selambanya naik atas meja tu tengok apa yang mummy buat.. bila dia tengok tangan mummy bergerak-gerak apabila menulis, terus dia kuis-kuis pen mummy dengan tangan dia… memang geram + gembira sangat… mula-mula duduk jauh sikit dari mummy, tapi lama-lama makin dekat dan akhirnya dia baring atas kertas soalan dan nota mummy untuk exam dan akhirya tido dengan penuh lena…  hilang stress bila tengok dia macam tu… nak marah pun tak jadi..

Mula-mula tengok dari jauh jer

Macam tau je mummy ambil gambar dia nak masuk dalam blog.. hihihi

Kepala dah makin dijatuhkan…

Matanya dah semakin kuyu..

Akhirnya dah lena atas nota mummy

mama dan mummy hanya mampu menggeleng kepala jer.. mummy nak exam pun dia boleh tido atas nota mummy…

Royal Canin vs IAMS..

Posted by NoOr at 7:09 AM 0 comments
Salam semua… mummy akan ambil alih sementara untuk update blog anak-anak ni sebab mama tidak berapa sihat untuk update blog ni..mama baru kimoterapi 8 Disember lalu.. badannya masih lemah, sakit-sakit badan dan loya-loya…tapi dia masih sempat layan anak-anak bermain…  itu lah mama, yang sangat sayangkan anak-anaknya… tapi mummy amat bersyukur kerana apabila ketiadaan mummy kerana ada kursus, anak-anak yang temankan mama di rumah.. dulu, semasa ketiadaan mereka, mama takut duduk seorang di rumah.. apabila mummy ada kelas malam, pasti ada rakan mama yang akan temankan dia di rumah… sekarang, sejak ada Baby dan Geppy, mama tidak takut lagi..

Mama dan Mummy telah membeli Royal Canin untuk Geppy dan Baby.. Sebelum ini, diorang cuma makan IAMS tetapi selepas beberapa bulan, Geppy kelihatan terlalu jemu dengan makanan itu.. macam-macam makanan mama dan mummy berikan kepada Geppy supaya selera dia bertambah..contohnya ayam rebus, Pro Diet.. tapi Geppy lebih suka makan ayam rebus.. sebab masa tu dia seperti tidak berapa sihat.. Kemudian, mummy baca maklumat di internet dan terjumpa Royal Canin yang merupakan antara makanan terbaik untuk kucing… mama dan mummy pergilah ke bandar Melaka untuk mencari makanan untuk anak-anak yang nakal tu..

Merata jugak kedai dicari sebab agak sukar mencari Royal Canin… alasannya adalah kerana harganya yang mahal.. Bagi mama dan mummy, mahal tidak menjadi masalah asalkan anak-anak selera makan… bukan berbangga tapi begitulah mama dan mummy, anak-anak lebih utama…akhirnya jumpa kedai menjual Royal Canin di Malim.. lega hati mummy… balik rumah, bagi Baby dan Geppy makan, wah, memang selera benar Geppy dan Baby makan… Geppy la terutamanya, makan sampai tak angkat-angkat kepala lagi… sebelum ni, kalau makan IAMS, cium sikit dah tak mahu makan…

Selepas hampir 3 minggu Geppy dan Baby makan, memang nampak perubahan yang ketara pada diorang.. Berat badan semakin naik, makin aktif, bulu makin cantik, tidak gugur.. dan yang paling mummy suka, semut tidak akan menghurung makanan diorang lagi… Membela Baby dan Geppy sebenarnya tidak lah sesukar mana.. tapi mummy dapat lihat, jika mereka kurang kasih sayang, mereka tidak akan aktif.. bila mama dan mummy manjakan mereka, nampak mereka aktif… itulah yang membuatkan mummy dan mama terhibur setiap hari…

Tapi, adakalanya, Geppy ni agak cerewet bab makan… selepas beberapa minggu makan Royal Canin, dia dah mula buat perangai tak mahu makan Royal Canin pulak.. lepas tu, mama dia bagi IAMS, elok je dia makan pulak.. memang geram jer tengok angin si Geppy tu… pengajaran yang mama dan mummy dapat, mesti selalu tukar-tukarkan makanan dia pada setiap minggu.. sebab Geppy mudah jemu dengan sesuatu makanan… Baby tidak bermasalah dalam bab makanan ni…

Okeylah, nanti mummy sambung lagi tulis di blog ni sebab mummy ada tugasan untuk hari esok… menonton cerita Ice Age 3…

 

Baby & Geppy is my life Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez