Friday, December 16, 2011

BERPISAH SEMINGGU DENGAN BABY DAN GEPPY

Posted by NoOr at 6:09 AM
Dah lama tak update blog untuk anak-anak ni. Mama dan mummy begitu sibuk dengan urusan seharian sehingga tidak berkesempatan nak update cerita terkini mereka.

Pada minggu lalu, 10 Disember 11, mama dan mummy satu family telah pergi bercuti di Cameron Highlands. 

Mama dan mummy kat Cameron Highlands



Family mama dan mummy

Takkan nak bawa anak-anak sekali kan. Kalau mama dan mummy je yang pergi, maybe la boleh pertimbangkan nak bawak diorang tu. Mama dan mummy bawak je diorang balik kampung di Temerloh, Pahang. Tinggalkan diorang kat situ jer la.Mama dan mummy naik Cameron ikut jalan baru di Pos Betau, Pahang. Tapi dari Cameron turun ikut Tapah pulak. Tu yang menjadi punca anak-anak tinggal di kampung tu. Tak sempat nak ambik diorang memandangkan mama akan bekerja keesokan harinya.

Rindunya!!!!!

Berpisah ngan anak-anak yang comel dan manja tu memang menyiksakan mama dan mummy. Tak pernah berpisah lama dengan diorang. Paling lama 1 hari jer. Ni sampai seminggu. Nenek diorang la yang kena menjaga cucu berbulu tu.. Hehehe.. Macamana la mama dan mummy nak hidup dengan gembira. Tapi, tiap hari nenek diorang tepon mengupdate berita pasal diorang. 3 hari dalam jagaan, nenek tepon bagitahu makanan anak-anak tu dah nak habis. Mummy nak pos jer, tapi nenek tak bagi. Nenek akan bagi makanan skit-skit je kat diorang. Kesiannya anak mummy, kena catu makan.. Mummy tau anak-anak mummy tu kuat makan macam mummy. Bekas makanan tak boleh kosong langsung, mengiau suruh isi. Tak kira mama dan mummy dah tido sekalipun. Kalau tido tutup pintu bilik sekalipun, Si Geppy tu akan memanggil suruh buka pintu isi makanan. Tapi ni duduk dengan nenek, macamana??
Esok akan tiba waktu mama dan mummy nak jupa diorang. Mummy akan balik bersama mama untuk ambik diorang balik ke Melaka semula. 

0 comments:

Post a Comment

 

Baby & Geppy is my life Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez