Sunday, November 14, 2010

Baby Pergi Klinik

Posted by NoOr at 4:33 PM
Salam ceria dan selamat pagi :))
Pagi ni macam mendung je kat luar, nak hujan kot. Semalam sebelum tido kedua dua kucing kesayanganku dikurung di dalam sangkar. Sebab?? Ada tetamu datang bermalam di rumah.. kalau tak kurung confirm orang tu tak boleh tidur. Tabiat Baby ni suka menjilat jilat orang tengah tidur. Hihi..
Ok.kita sambung cerita semalam..Setelah membawa pulang Baby dari pet shop yang dibeli tu, kami terus pulang ke rumah. Minggu ni kena bawa Baby pergi klinik nak kena ambil suntikan vaksin, suntikan vaksin pada kucing adalah penting terutama kucing yang berumur 8 – 9 minggu. Ini dapat mencegah anak kucing  dari pelbagai jangkitan kuman yang selalu menyerang anak kucing di usia yang begitu muda. Suntikan vaksin pada kucing biasanya tidak memakan masa begitu lama. Kos yang perlu anda laburkan untuk sekali suntikan vaksin adalah lebih kurang RM20-RM40, bergantung kepada gred pusat kesihatan haiwan tersebut. Apalah sangat dengan harga RM20-RM40 untuk anak kucing anda yang sihat berlari-lari bermain bersama anda jika dibandingkan dengan anak kucing yang merana kesakitan lalu mati pada usia 4-5 bulan seterusnya.
Setelah sampai di klinik, kucing di daftarkan. "Kucing ni nama apa? Boy or girl?", tanya pembantu klinik merangkap isteri doktor di situ. "Nama Baby, and she is boy", balasku. Pembantu klinik mengambil Baby untuk ditimbang berat badannya, setelah selesai Baby diserahkan kembali kepadaku. Tidak lama menunggu, tiba lah giliran Baby. Doktor mengambil Baby dan bermain main dengan Baby, mungkin untuk membiasakan Baby dengan dia kot. Doktor meneliti kad laporan porubatan Baby. " Is it boy? Are you sure??"??  tanya doktor. " A`ah boy", jawabku perlahan..Doktor tu mula buat muka pelik jer..Apa pulak yang tak kena ni..tiba tiba doktor bersuara, "she is girl not boy". "Ye ke doktor?? betina ke? doktor cakap betul betul, masa saya beli tauke kedai tu cakap jantan, dah banyak kali saya confirm dengan tauke tu", jawabku mula rasa tak puas hati. Yela,,aku memang nak kucing jantan bukan betina. Setelah bercakap panjang lebar, nyata dan sahih tauke kedai menipu aku..Geram je rasa..Tapi tak apalah Baby, mama dah sayang dia.Nanti mama cari pasangan untuk dia ye..

Cari pasangan hidup untuk Baby
Siap urusan di klinik. Doktor memberitahu ada kedai yang sangat bagus menjual kucing kucing parsi. Aku dan Yana pergi kesana..Dekat je dengan klinik tu. Sampai je kat kedai tu...
Kena cari kucing yang umur dia lebih kurang Baby jer ni..Baby warna kelabu yang baru ni cari putih la pulak. Kalau dikacuk..fuhhhhh mesti cantik cucu cucu mama nanti..hehe..Jalan jalan, pusing pusing satu kedai..jeng jeng jeng terpandang satu kelibat sedang melompat lompat galak bermain di dalam sangkar. Putih bersih. Comelnya. "Auntie, nak tengok yang ni"..ajuku pada tauke kedai ni..Tauke menyerahkan anak kucing tu.."Ini bukan original punya parsi, ini parsi sudah campur sama flat face". terang tauke tersebut. "O yeke?". ok la kalau macam tu.Boleh la kucing ni..Jantan kan???".  hehe..Takut tertipu sekali lagi, tetapi tak bimbang sangat sebab doktor dan isteri tadi menemani aku.  Siap urusan..Jom balik rumah..Sekarang ada 2 ekor anak kucing dalam kereta.. Baby senyap di pangkuanku. Yang putih ni, bising sangat..mungkin pertama kali naik kereta dang mungkin sedih berpisah dengan kawan kawan lain. Aduii bisingnya..nak buat macam mana ni..Letak Baby kat bawah, kupangku si putih ni..liar sangat..lompat sana sini..yerla tak kenal tuan lagi..Baby memandang sayu, mungkin akan ada persaingan merebut kasih sayang lepas ni.
Di dalam kereta. langsung tak boleh dekat, dua dua dah kembangkan bulu, masing masing nak tunjuk hero. Aku dan Yana sudah mula panik. Sampai kat rumah pun masih lagi tak boleh dekat..Adui macam mana ni..Susah la..Yana mula mencari dalam internet, cara cara nak jinakkan kucing yang baru kenal..Akhirnya jumpa satu artikel..Cuba la dulu. Tak jadi cari yang lain. Basahkan tuala, kemudian lapkan tuala tu di muka kedua dua ekor kucing tersebut. Yana mula menjalankan tugas. Aku memerhati je. Sebab yang putih tu nampak terlalu agresif, sukar didekati, timbul rasa menyesal membelinya..
Keajaiban!!! Setelah selesai dilap, Yana mengurung mereka di dalam sangkar. Mereka mula menjilat satu sama lain. Alhamdulillah..Baik pun akhirnya....

2 comments:

norkamayana on November 14, 2010 at 6:06 PM said...

hihihih, x bleh lupa masa mula2 beli geppy dulu.. bila mama dekat je ngn dia, terus di bunyi marah...hihihi.. ngn mummy boleh jer dok beriba.. skrg ni, yg paling rapat ngn mama dia la...

NoOr on November 25, 2010 at 8:21 PM said...

hehe..ye la mase tu rsa cam nyesdal beli GP garang sgt..skrg tidak lagi...

Post a Comment

 

Baby & Geppy is my life Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez