Tuesday, February 22, 2011

Geppy sakit mata…

Posted by NoOr at 10:31 PM 0 comments
Salam sejahtera..
Dua tiga hari ni, Geppy asyik mengenyitkan mata je…Kenapa ni…Sayang mama sakit mata ker?? Petang semalam, aku tengok mata Geppy dah berair!!! Ya Allah kesian sayang mama ni..Malas nak cakap banyak, terus pergi farmasi dekat umah..Beli ubat mata. Nasib baik ada jual kat situ.. Balik rumah terus je sapu kat mata Geppy…Semoga cepat baik ye sayang..
Malam tadi, Geppy bising je..sakit mata kot. Tak selesa nak tidur..Aku temankan Geppy tidur kat luar..Riba dia tido sambil gosok badan dia..Sedih aku tengok Geppy macam tu..Biasa dia lah yang lincah sekali..Lari sana, lari sini..Semalam dia cuma tengok Baby main..Tak larat kot nak join sekali.
Pagi ni, Alhamdulillah..mata geppy Nampak macam ok sikit..dah tak ada tahi mata..barulah cun mata anak mama ni..Nanti kita sapu ubat lagi yer..

Mencari masa depan..di manakah???

Posted by NoOr at 10:21 PM 0 comments

Salam sejahtera..
Dah lama betul tak menulis dalam blog ni.. Alahamdulillah, sejak dah bertambah sihat ni, makin banyak aktiviti aktiviti yang tak rasmi yang harus di selesaikan.
Tiap tiap minggu balik kampung. Penatnyaaa..Tuhan je yang tau..Alhamdulillah, sejak dah sihat ni, aku kembali berforex..cuba kembali menjana pendapatan..itu je pun yang aku boleh buat dalam masa terdekat ni..Dengan badan yang lemah dan tak kuat seperti dulu, aku bersyukur di kurniakan sedikit kemahiran dalam bidang ini..Namun, bukan mudah untuk aku hendak bermula semula..Semuanya aku kena study balik..Sekelip mata aku kerugian USD300…Terduduk..termenung..Bukan rezeki aku kot..Setelah enam bulan aku tinggalkan dunia forex semuanya terasa asing…Aku kembali membaca nota nota..Dengan menggunakan akaun demo, aku cuba praktikkan apa yang patut.. Alhamdulillah..hampir dua minggu aku Berjaya mengekalkan modal di dalam akaun, dan memperolehi sedikit keuntungan.
Ya Allah Ya Tuhanku, sesungguhnya hamba mu ini beserah kepadamu..Ku berikan diriku bulat bulat kepadaMU. Kaulah penentu masa depanku..Sesungguhnya, kau telah sediakan jalan untuk ku, tinggal masa dan waktu untuk ku lalui. Ku memohon dan meminta kepadaMu, bawalah, dan tunjukkan lah aku ke jalan yang lurus..Amin Ya Rabbal Alamin..
 

Baby & Geppy is my life Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez