Saturday, December 11, 2010

Royal Canin vs IAMS..

Posted by NoOr at 7:09 AM
Salam semua… mummy akan ambil alih sementara untuk update blog anak-anak ni sebab mama tidak berapa sihat untuk update blog ni..mama baru kimoterapi 8 Disember lalu.. badannya masih lemah, sakit-sakit badan dan loya-loya…tapi dia masih sempat layan anak-anak bermain…  itu lah mama, yang sangat sayangkan anak-anaknya… tapi mummy amat bersyukur kerana apabila ketiadaan mummy kerana ada kursus, anak-anak yang temankan mama di rumah.. dulu, semasa ketiadaan mereka, mama takut duduk seorang di rumah.. apabila mummy ada kelas malam, pasti ada rakan mama yang akan temankan dia di rumah… sekarang, sejak ada Baby dan Geppy, mama tidak takut lagi..

Mama dan Mummy telah membeli Royal Canin untuk Geppy dan Baby.. Sebelum ini, diorang cuma makan IAMS tetapi selepas beberapa bulan, Geppy kelihatan terlalu jemu dengan makanan itu.. macam-macam makanan mama dan mummy berikan kepada Geppy supaya selera dia bertambah..contohnya ayam rebus, Pro Diet.. tapi Geppy lebih suka makan ayam rebus.. sebab masa tu dia seperti tidak berapa sihat.. Kemudian, mummy baca maklumat di internet dan terjumpa Royal Canin yang merupakan antara makanan terbaik untuk kucing… mama dan mummy pergilah ke bandar Melaka untuk mencari makanan untuk anak-anak yang nakal tu..

Merata jugak kedai dicari sebab agak sukar mencari Royal Canin… alasannya adalah kerana harganya yang mahal.. Bagi mama dan mummy, mahal tidak menjadi masalah asalkan anak-anak selera makan… bukan berbangga tapi begitulah mama dan mummy, anak-anak lebih utama…akhirnya jumpa kedai menjual Royal Canin di Malim.. lega hati mummy… balik rumah, bagi Baby dan Geppy makan, wah, memang selera benar Geppy dan Baby makan… Geppy la terutamanya, makan sampai tak angkat-angkat kepala lagi… sebelum ni, kalau makan IAMS, cium sikit dah tak mahu makan…

Selepas hampir 3 minggu Geppy dan Baby makan, memang nampak perubahan yang ketara pada diorang.. Berat badan semakin naik, makin aktif, bulu makin cantik, tidak gugur.. dan yang paling mummy suka, semut tidak akan menghurung makanan diorang lagi… Membela Baby dan Geppy sebenarnya tidak lah sesukar mana.. tapi mummy dapat lihat, jika mereka kurang kasih sayang, mereka tidak akan aktif.. bila mama dan mummy manjakan mereka, nampak mereka aktif… itulah yang membuatkan mummy dan mama terhibur setiap hari…

Tapi, adakalanya, Geppy ni agak cerewet bab makan… selepas beberapa minggu makan Royal Canin, dia dah mula buat perangai tak mahu makan Royal Canin pulak.. lepas tu, mama dia bagi IAMS, elok je dia makan pulak.. memang geram jer tengok angin si Geppy tu… pengajaran yang mama dan mummy dapat, mesti selalu tukar-tukarkan makanan dia pada setiap minggu.. sebab Geppy mudah jemu dengan sesuatu makanan… Baby tidak bermasalah dalam bab makanan ni…

Okeylah, nanti mummy sambung lagi tulis di blog ni sebab mummy ada tugasan untuk hari esok… menonton cerita Ice Age 3…

0 comments:

Post a Comment

 

Baby & Geppy is my life Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez