Friday, December 16, 2011

BERPISAH SEMINGGU DENGAN BABY DAN GEPPY

Posted by NoOr at 6:09 AM 0 comments
Dah lama tak update blog untuk anak-anak ni. Mama dan mummy begitu sibuk dengan urusan seharian sehingga tidak berkesempatan nak update cerita terkini mereka.

Pada minggu lalu, 10 Disember 11, mama dan mummy satu family telah pergi bercuti di Cameron Highlands. 

Mama dan mummy kat Cameron Highlands



Family mama dan mummy

Takkan nak bawa anak-anak sekali kan. Kalau mama dan mummy je yang pergi, maybe la boleh pertimbangkan nak bawak diorang tu. Mama dan mummy bawak je diorang balik kampung di Temerloh, Pahang. Tinggalkan diorang kat situ jer la.Mama dan mummy naik Cameron ikut jalan baru di Pos Betau, Pahang. Tapi dari Cameron turun ikut Tapah pulak. Tu yang menjadi punca anak-anak tinggal di kampung tu. Tak sempat nak ambik diorang memandangkan mama akan bekerja keesokan harinya.

Rindunya!!!!!

Berpisah ngan anak-anak yang comel dan manja tu memang menyiksakan mama dan mummy. Tak pernah berpisah lama dengan diorang. Paling lama 1 hari jer. Ni sampai seminggu. Nenek diorang la yang kena menjaga cucu berbulu tu.. Hehehe.. Macamana la mama dan mummy nak hidup dengan gembira. Tapi, tiap hari nenek diorang tepon mengupdate berita pasal diorang. 3 hari dalam jagaan, nenek tepon bagitahu makanan anak-anak tu dah nak habis. Mummy nak pos jer, tapi nenek tak bagi. Nenek akan bagi makanan skit-skit je kat diorang. Kesiannya anak mummy, kena catu makan.. Mummy tau anak-anak mummy tu kuat makan macam mummy. Bekas makanan tak boleh kosong langsung, mengiau suruh isi. Tak kira mama dan mummy dah tido sekalipun. Kalau tido tutup pintu bilik sekalipun, Si Geppy tu akan memanggil suruh buka pintu isi makanan. Tapi ni duduk dengan nenek, macamana??
Esok akan tiba waktu mama dan mummy nak jupa diorang. Mummy akan balik bersama mama untuk ambik diorang balik ke Melaka semula. 

Tuesday, April 5, 2011

CONTEST KUCING PALING COMEL

Posted by NoOr at 6:44 AM 1 comments

Add caption
Bila tertengok contest ni kat sebuah blog, macam tergerak hati jer nak join jugak. Pertama kali nak join contest macam ni. Kebetulan pulak blog saya memang blog untuk peminat kucing, jadi saya pun membulatkan tekad untuk join contest ni. Menang atau kalah tiak penting. Untuk maklumat lanjut boleh la klik di sini atau http://apisv3.blogspot.com.

Gambar kucing yang saya pertandingkan adalah seperti di bawah. Beliau saya pelihara sendiri dari berusia 2 bulan sehingga kini iaitu berusia 11 bulan. 

Nama : Geppy
Baka : Persian + Flat Face
Umur : 11 bulan
Berat : 4kg kot
Jantina : Jantan
Makanan : Royal Canin for kitten
Kegemaran : Tidur depan pintu bilik air
Tabiat : Pantang nampak tingkap terbuka, terus cuba menyusup keluar

Masa berusia 3 bulan. Dalam kereta masa balik kampung. Huhuhu
Geppy memang suka bergambar

Tertidur atas laptop mummy

Tertidur atas buku mummy

Tengok Pocoyo memang kegemarannya

Pandai pandang kamera bila gambar diambil

Tong sampah adalah tempat kegemaran Geppy bermain

Mama & Mummy pergi bercuti pun bawak Geppy


Blog yang telah ditag oleh saya ialah seperti berikut

Tuesday, February 22, 2011

Geppy sakit mata…

Posted by NoOr at 10:31 PM 0 comments
Salam sejahtera..
Dua tiga hari ni, Geppy asyik mengenyitkan mata je…Kenapa ni…Sayang mama sakit mata ker?? Petang semalam, aku tengok mata Geppy dah berair!!! Ya Allah kesian sayang mama ni..Malas nak cakap banyak, terus pergi farmasi dekat umah..Beli ubat mata. Nasib baik ada jual kat situ.. Balik rumah terus je sapu kat mata Geppy…Semoga cepat baik ye sayang..
Malam tadi, Geppy bising je..sakit mata kot. Tak selesa nak tidur..Aku temankan Geppy tidur kat luar..Riba dia tido sambil gosok badan dia..Sedih aku tengok Geppy macam tu..Biasa dia lah yang lincah sekali..Lari sana, lari sini..Semalam dia cuma tengok Baby main..Tak larat kot nak join sekali.
Pagi ni, Alhamdulillah..mata geppy Nampak macam ok sikit..dah tak ada tahi mata..barulah cun mata anak mama ni..Nanti kita sapu ubat lagi yer..

Mencari masa depan..di manakah???

Posted by NoOr at 10:21 PM 0 comments

Salam sejahtera..
Dah lama betul tak menulis dalam blog ni.. Alahamdulillah, sejak dah bertambah sihat ni, makin banyak aktiviti aktiviti yang tak rasmi yang harus di selesaikan.
Tiap tiap minggu balik kampung. Penatnyaaa..Tuhan je yang tau..Alhamdulillah, sejak dah sihat ni, aku kembali berforex..cuba kembali menjana pendapatan..itu je pun yang aku boleh buat dalam masa terdekat ni..Dengan badan yang lemah dan tak kuat seperti dulu, aku bersyukur di kurniakan sedikit kemahiran dalam bidang ini..Namun, bukan mudah untuk aku hendak bermula semula..Semuanya aku kena study balik..Sekelip mata aku kerugian USD300…Terduduk..termenung..Bukan rezeki aku kot..Setelah enam bulan aku tinggalkan dunia forex semuanya terasa asing…Aku kembali membaca nota nota..Dengan menggunakan akaun demo, aku cuba praktikkan apa yang patut.. Alhamdulillah..hampir dua minggu aku Berjaya mengekalkan modal di dalam akaun, dan memperolehi sedikit keuntungan.
Ya Allah Ya Tuhanku, sesungguhnya hamba mu ini beserah kepadamu..Ku berikan diriku bulat bulat kepadaMU. Kaulah penentu masa depanku..Sesungguhnya, kau telah sediakan jalan untuk ku, tinggal masa dan waktu untuk ku lalui. Ku memohon dan meminta kepadaMu, bawalah, dan tunjukkan lah aku ke jalan yang lurus..Amin Ya Rabbal Alamin..

Sunday, January 9, 2011

FACEBOOK WILL END ON MARCH 15th! | Weekly World News

Posted by NoOr at 2:59 AM 0 comments
FACEBOOK WILL END ON MARCH 15th! | Weekly World News

Monday, January 3, 2011

Geppy dan Yogurt

Posted by NoOr at 9:21 PM 0 comments
Alhamdulillah..syukur ke hadrat Ilahi. Semalam adalah kemoterapi yang terakhir bagi Mama. Sepatutnya sudah berakhir minggu lepas, tetapi memandangkan waktu itu sel darah putih tidak mencukupi, terpaksalah rawatan ditangguhkan. Dan semalam semua ok, rawatan dijalankan seperti biasa.
Tapi hari agak lemah berbanding rawatan rawatan yang sebelumnya. Terasa agak lemah dan sakit sakit.
Bagaimana dengan anak anak?? Hehe. Cakap pasal Baby dan Geppy ni memang syok. Macam macam hal. Geppy ada makanan favorite baru..Nak tau??? Yogurt.. Setelah dikenal pasti, yogurt dapat meningkat bacteria baik dalam perut dia, maka Mummy pun beli la. Bukan main selera lagi dia. Lagipun Geppy ada masalah penghadaman.
Selepas makan yogurt, Geppy menunjukkan perubahan yang baik dari segi tabiat yang suka main tu, selera makan meningkat dan membuang najis yang sudah agak ketul ketul..Aduiii semua benda nak kena kaji dan diperhatikan..

Thursday, December 23, 2010

Cara Nak Bawa Kucing Travel

Posted by NoOr at 11:15 PM 0 comments

1. Try to travel early in the morning or night (kucing akan nervous apabila hari cerah)

2. Selubungkan carrier itu dengan kain gelap supaya dia tak rasa terancam dengan keadaan sekeliling.

3. Letak di bahagian bawah, kalau letak bahagian atas seat, carrier akan bergoyang dan membuatkan dia lebih nervous.

4. Guna Feliway (mengurangkan nervous dia)

5. Cari pet bag carrier (berbanding carrier biasa, beg carrier lebih lembut dan lebih gelap...selesa untuk kucing)

6. Puasakan kucing at least 4 hours before travelling (supaya dia tak terkencing or poo poo)

7. Untuk kucing yang cepat nervous, jangan biarkan dia lepas di dalam kereta,

8. Letak kucing itu secara bercouple (nervous+kurang nervous) seekor lagi akan tolong tenang kan yang nervous tu

9. Bg constant vitamin kitzyme (salah satu fungsi vitamin tu , control the nervousness)

Masa balik kampung baru-baru ini, Baby buat perangai mengiau sepanjang perjalanan... Rupanya dia tak selesa.. Mummy dan Mama ingat kenapala si Baby ni.. Si Geppy pulak duduk dan tidur seperti Princess... hikhikhik...Rilek jer... Nanti Mummy nak beli Pet Carrier la senang nak letak diorang dalam kereta..





Add caption


Nanti Mummy akan belikan untuk anak-anak




 

Baby & Geppy is my life Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez