Saturday, December 18, 2010

Hama Kucing

Posted by NoOr at 4:26 PM

Hama ialah sejenis jangkitan yang kerap kali menyerang bahagian dalam telinga kucing anda.Jika anda dapati telinga kucing kesayangan dipenuhi tahi telinga (wax) seperti gambar di bawah, maka anda perlu berwaspada kerana ia merupakan salah satu tanda jangkitan hama.



Apa itu Hama Kucing?

Hama kucing merupakan haiwan parasit yang hidup menumpang untuk mendapatkan keperluan hidup (makanan dan lain-lain) tetapi dalam masa yang sama boleh memudaratkan kesihatan kucing tersebut.Hasil pemerhatian di bawah mikroskop, hama kucing kelihatan seperti labah-labah kecil.


Ia biasanya 'bermastautin' di saluran telinga kucing lalu menyebabkan aliran udara di bahagian itu tersekat. Sumber makanan mereka ialah sel-sel kulit mati beserta 'wax' telinga dan pada kebiasaannya haiwan parasit ini akan menggali jauh ke dalam saluran telinga lalu menyebabkan keradangan yang membawa kepada penghasilan 'wax' secara berlebihan. 

Tanda-tanda Jangkitan
  1. Penghasilan tahi telinga (wax) secara berlebihan.
  2. Kucing kerapkali menggaru bahagian telinga.
  3. Telinga kucing kelihatan terpenyek (flattened' or 'laid back') ketika menggaru.
  4. Luka di dalam telinga akibat aktif menggaru.
  5. Bau busuk keluar dari telinga kucing.
  6. Telinga kelihatan kemerah-merahan.
Adakah Hama Kucing Boleh Berjangkit?
Hama kucing boleh berjangkit dari seekeor kucing kepada kucing yang lain tetapi ia tidak boleh berjangkit kepada manusia. Dinasihatkan agar anda membawa kesemua kucing anda serentak ketika mendapatkan rawatan hama dari doktor haiwan.

Suntikan Hama
Berdasarkan pengalaman diri sendiri, setiap kali kucing peliharaan dijangkiti hama, doktor haiwan akan memberi suntikan hama mengikut jadual berikut:
Suntikan 1   = Hari ke 1
Suntikan 2   = Hari ke 11
Suntikan 3   = Hari ke 21

Setiap suntikan memerlukan kos sebanyak RM25.Maka keseluruhan kos RM25 x 3 = RM75 (untuk seekor kucing).Walaubagaimanapun, kos suntikan bergantung kepada gred klinik tersebut.

Dinasihatkan agar anda membuat pemeriksaan hama setiap tiga bulan sekali.Jika kucing anda lambat mendapatkan rawatan, jangkitan lain seperti kurap akan berlaku.


0 comments:

Post a Comment

 

Baby & Geppy is my life Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez