Friday, November 26, 2010

Pertama daripada Mummy…

Posted by NoOr at 6:30 AM 0 comments
Salam 1 Malaysia semua… hihihi, ni pertama kali mummy menulis di blog anak-anak… selama ni asyik mama je yang tulis… sekarang mummy di Air Panas Jasin, Melaka.. bawa adik adik gi berenang-renang kat sini… Baby & Geppy?? Ni yang tengah sedih ni… diorang kena tinggal kat umah.. mummy nak bawa diorang tadi tapi mama cakap nanti susah sebab ramai orang… nak kena bawak ‘tandas’ diorang lagi… tapi sebelum keluar rumah tadi, mummy dan mama dah peluk cium dua-dua ekor tu… sedih je nak tinggalkan diaorang tadi… sebelum ada Geppy dan Baby, mummy dan mama selalu keluar rumah gi jenjalan pada waktu yang lama… tapi, sejak kehadiran diorang, nak keluar rumah pun rasa malas…kalau terpaksa keluar, mesti rasa cepat je nak balik… rindu kat diorang…


Tadi masa mummy di tempat belajar, mama telefon… mama cakap, Geppy dan Baby mengiau-ngiau nak keluar rumah ikut tingkap.. siap mengintai-ngintai… mummy cakap kat mama, ‘gediknya diorang tu’… mama terus cakap, ‘gedik apanya, nak ikut mummy naik kereta la tu, sebab masa mummy keluar rumah terus dua-dua ekor tu naik atas meja dan intai mummy kat tingkap’… masa tu mummy baru jer beredar dari rumah dengan kereta… mummy dengar pun rasa terharu sangat… sedih pulak bila anak-anak macam tu… diorang pulak takut je kena tinggal… mesti diorang ingat mummy keluar sekali dengan mama… hmm, manja sungguh anak-anak mummy…

Macam ni la keadaan diorang selepas mummy pegi kerja

Baby bertindak aktif mahu keluar ikut tingkap

Hajat nak keluar tinggi tapi perut tak lepas… hihihi

Tengok tu, dua-dua intai mummy ikut tingkap…

Alololo, keciannyer anak mummy kene tinggal…

Seperti merenung masa depan je Baby ni
Patutla kalau mummy dan mama tinggalkan diorang masa balik kampung, mesti Geppy dah ada di luar rumah apabila mummy dan mama tiba semula di rumah… tapi sekarang, tidak mungkin lagi mummy dan mama akan tinggalkan diorang masa balik kampung.. sebab tak nak mereka ditinggalkan sendirian di rumah…hihihih…Cepatla masa berlalu, rasa tak sabar nak balik rumah tengok anak-anak.. mesti diorang sedang menunggu kepulangan mama dan mummnya…Okeylah, kalau ada masa lagi, mummy akan ceritakan lagi kisah anak-anak tersayang… 
 

Baby & Geppy is my life Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez