Monday, January 3, 2011

Geppy dan Yogurt

Posted by NoOr at 9:21 PM
Alhamdulillah..syukur ke hadrat Ilahi. Semalam adalah kemoterapi yang terakhir bagi Mama. Sepatutnya sudah berakhir minggu lepas, tetapi memandangkan waktu itu sel darah putih tidak mencukupi, terpaksalah rawatan ditangguhkan. Dan semalam semua ok, rawatan dijalankan seperti biasa.
Tapi hari agak lemah berbanding rawatan rawatan yang sebelumnya. Terasa agak lemah dan sakit sakit.
Bagaimana dengan anak anak?? Hehe. Cakap pasal Baby dan Geppy ni memang syok. Macam macam hal. Geppy ada makanan favorite baru..Nak tau??? Yogurt.. Setelah dikenal pasti, yogurt dapat meningkat bacteria baik dalam perut dia, maka Mummy pun beli la. Bukan main selera lagi dia. Lagipun Geppy ada masalah penghadaman.
Selepas makan yogurt, Geppy menunjukkan perubahan yang baik dari segi tabiat yang suka main tu, selera makan meningkat dan membuang najis yang sudah agak ketul ketul..Aduiii semua benda nak kena kaji dan diperhatikan..

0 comments:

Post a Comment

 

Baby & Geppy is my life Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez