Tuesday, November 23, 2010

Kemoterapi

Posted by NoOr at 9:44 PM
Hari ni hari ke-6 selepas kemoterapi. Alhamdulillah..Bertambah segar dan sudah mula selera makan. Semalam Makcik Rahah telefon (jiran kemo) tanya khabar. Rupa rupanya Makcik Rahah demam, masih belum selera makan, dan yang kasihan, ada orang yang demam melawat dia. Kasihan makcik dijangkiti. Makin lemahlah badan dia. Alhamdulillah, Allah telah kuatkan aku. Sejak petang semalam, badan rasa sihat dan segar. Malamnya keluar pergi Jusco beli makanan Baby dan Geppy. 

Kita kongsi sikit maklumat mengenai kemo ye.
Kemoterapi ialah penggunaan ubat untuk merawatpenyakit. Kadangkala rawatan ini disebut ‘kemo’ sahaja.Sungguhpun pembedahan dan radioterapi dapat menyingkirkan, memusnahkan, atau merosakkan sel kanser di kawasan yang khusus, tetapi kemoterapi dapatmemusnahkan sel kanser yang telah bermetastasis, atau merebak ke bahagian lain dalam tubuh jauh daritumor primer (asal).
Selepas ubat kemo dimasukkan, masa tu ok je. Badan kuat lagi dicampur pulak dengan macam macam supplement untuk sistem imun. Sehari selepas kemo, dah dibenarkan balik rumah, Pun masih kuat lagi. Siap boleh drive Melaka-Kuantan (4jam tanpa henti), kira kuat la bagi pesakit kanser lepas kemo.heehe..Hari kedua selepas kemo, bermula lah detik detik yang meloyakan. Tak sakit..Tapi badan rasa lemah sangat. Sendi sendi bagaikan tak ada fungsi lagi. Longlai sangat. Angkat sudu kecil pun tak mampu. Asyik makan ubat tahan muntah dan tidur. Satu kerja tak mampu dilakukan. Sehinggalah hari kelima. Semalam la. Hari ni dag segar kembali..Yeah yeah yeah..dah tak ada loya, dah tak ada muntah muntah..Ermmm..sekarang tunggu 8 Dec, untuk kemo kali ke 2. Ya Allah, kuatkanlah hambamu ini. Aku memohon dan merayu kepadaMu Ya Allah, Tuhan yang Maha Penyayang dan Maha Kuasa. Amin.

0 comments:

Post a Comment

 

Baby & Geppy is my life Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez