Thursday, November 18, 2010

Mama dah start kemoterapi, Geppy pulak demam

Posted by NoOr at 4:21 PM
Salam. Hari ni mama tulis blog dekat Hospital Melaka. Semalam hari pertama kemoterapi. Tak nak cerita pasal kemo, tapi nak cerita pasal Geppy.

Mula mula mama di masukkan wad pada 27/09/2010. Geppy mula kurang selera makan. Semakin hari semakin monyok. Dan, pada suatu hari, hehe tanpa disedari staf wad, mama balik ke rumah. Kira outing la tu. Tengok anak anak setelah 10 hari berpisah.
Sampai je kat rumah, Ya Allah kurusnya Geppy ni..Dah cengkung.Sayang mama tak makan ye. Aku terus ambil Geppy, dia mula memeluk manja. Menjilat jilat dan memandang pelik. Kenapa mama pakai hijau ni?? hihi..Mama lari dari hospital la sayang. Lari sekejap je.Bawa Geppy masuk bilik. Baring baring dengan dia. Style Geppy tidur, nak kena ada lengan. Mula mula dia akan cium tapak tangan, pastu baru dia letak kepala atas lengan. Ada la dekat 2 jam bersama Geppy pastu nak kena balik hospital. Sedihnya nak tinggal dia. Baby pulak, maintain je, makin membulat.
Ok Sayang, mama balik dulu. Nanti semua dah selesai mama balik peluk dia.

Pada 9/10/10 mama dah boleh keluar. Tapi terus kena balik Kuatan. Mama pun tak boleh dekat sangat dengan Baby dan Geppy takut kena jangkitan dekat luka. Bertambah sedih hati mama. Setiap hari mama tak lupa telefon mummy tanya perkembangan anak anak. Baby ok tapi Geppy la makin kurus. Selepas 10 hari di Kuantan, mama balik Melaka. Walaupun sakit dalam perjalanan 4 jam tu tapi demi anak anak mama kuatkan semangat.
Gembira hati tak terkira bila dapat tengok anak anak. Dukung Geppy..nak ganti balik kasih sayang selama ni. Dalam 2 hari Geppy dan baby merajuk.. Konon... Satu pagi , masa tengah cuci luka (dresssing) , dua dua ekor tu datang. Alamak!!! menjerit la semua. Takut Baby dan Geppy datang dekat. Sayang mama, duduk jauh sikit ya. Mama tengah cuci luka ni..nanti da siap baru mama ambil dia ya. Macam faham je ape yang aku cakap, dua dua ekor tu cuma pandang dari birai katil. Tekun melihat perutku dicuci.
Seronok dapat layan anak anak, Geppy dah kembali berselera..
Pada 9/11/10 sekali lagi mama dimasukkan ke wad. Dan Geppy demam lagi. Sebelum masuk wad hantar Geppy ke klinik..Badan dia panas sangat. Lepas dapat 3 injection bawa balik. Esok mummy dia bawa. Kali ni tak lama mama dekat hospital. Semalaman sahaja. Keluar wad, terus bagi tumpuan kat Geppy. Macam macam rawatan la mama bagi kat dia. Yang penting mama tak nak dia rasa kurang kasih sayang. Alhamdulillah selepas seminggu, Geppy da semakin pulih..Dah berlari lari. Sliding sana, sliding sini..Comel je. Kacau mummy dia buat kerja..Hihi da sihat sangat la tu..Tarik nafas lega.
Semalam, sekali lagi mama masuk wad..Dan khabar yang mama dengar sekali lagi, Geppy dah mula tak makan, dah tak main..Asyik melepet je. Ya Allah sabar je anak mama yang sorang ni, Tak boleh jauh langsung.. . Mama pun tak boleh tidur, asyik ingat Geppy je..tunggukan mama balik, mama akan rawat dia. hihi...Luv u my little childs...

0 comments:

Post a Comment

 

Baby & Geppy is my life Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez